Petikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

KAMI TELAH BERPINDAH SEPENUHNYA DISINI HTTP://JALANSUFI.COM

UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA

Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang
berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang
menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya
rahsia-rahsia Ilahi.

Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula
menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu
“berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan
terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan
suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir
maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang
diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen,
sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh
api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri.
Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada
rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan
berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang
yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit
rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia
Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara
sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian
yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit
ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi
dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit
memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi
peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia
senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu
akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi
kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian)
dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar
nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon
keampunan Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.

Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu
batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah
“yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan
“mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami
rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului
siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).

Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan
untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan
terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang
kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya
rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon
kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.

KAMI TELAH BERPINDAH SEPENUHNYA DISINI HTTP://JALANSUFI.COM

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 122 other followers