59. Masa yang ada….

59: MASA YANG ADA MASA DAN MASA YANG DITENTUKAN

[Mengenai masa yang ada dan masa yang ditentukan]

Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
ditentukan dan diketahui melalui ilusi,

Seumpama alam semulajadi dalam memberi kesan kuasanya
Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak wujud.

Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia tidak
mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.

Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
kerana sebab itu, kami katakan masa adalah ilusi.

Seandainya bukan kerana ‘tiada-hubungan’, kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam hati.

Bila kamu adil dengan akar masa daripada sebelum-masa
keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.

Seperti kekosongan yang sambungannya tidak ada kesudahan dalam
badan lain melalui ilusi dan penjelmaan dalamnya.

[Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya dan kepertamaan alam maya dan wujudnya]

Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah Permulaan dan tiada yang lain mendahului-Nya, dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu yang mempunyai sempadan yang sama dengan-Nya. Dia adalah Esa – maha suci Dia! dalam kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujudnya perlu dengan dirinya sendiri melainkan Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan kepada sesiapapun. Allah berfirman,
Allah itu Kaya daripada sebarang keperluan daripada sesiapa” (3:97) melalui bukti lojik dan Syariat.

Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya.

Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak wujud tidak dapat memiliki kesan untuk membawa kepada kewujudan dalam apa yang dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam maya. Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang lebih memiliki kesan membawa kepada kewujudan melebihi yang satu lagi kerana kedua-duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud tidak memberi kesan kerana ia tidak ada.

Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam itu ia semestinya samada menjadi wujud dengan dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan tentang mustahil di sana ada kewujudan dua yang wujudnya perlu buat diri mereka. Maka hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi kemungkinan alam maya melainkan kewujudannya adalah oleh yang lain daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada alam.

Seandainya kewujudan alam maya ini adalah daripada Allah melalui hubungan tertentu, sekiranya bukan kerana hubungan itu, alam maya ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa sahaja yang kamu suka daripada kewujudan itu pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan Yang Haq lakukan sesuatu melalui hubungan tersebut. Keperluan tidak memberi makna melainkan ini, dan ia adalah mustahil bagi Allah. Allah berfirman,
“Allah Maha Kaya, tidak memerlukan sesiapapun” (3:97).

Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan adalah yang tidak berpunya. Semua itu bagi Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan alam maya ini, oleh kerana ia wujud daripada yang selainnya, terikat dengan Keperluan kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil sumber yang harus memebri kesan kepada Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini hanya mampu difahami demikian.

Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang Tunggal, Allah, as-Samad
yang tidak beranak”
yang seharusnya menjadi yang terdahulu
“tidak juga diperanakkan”
yang menjadi hasil,
“dan tiada sesuatu menyamai-Nya” (112:3-4),
maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah daripada dua dasar – daripada Yang Haq dan yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!

Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang sifat Tuhannya. Kemudian Surah al-Ikhlas diturunkan dan bebaskannya daripada dipersekutukan dengan yang lain. Allah melampaui penyifatan dan gambaran yang murni itu. Tiada apa yang Dia nafikan atau isbatkan dalam surah ini tetapi pengisbatan atau penafian itu adalah apa yang sebahagian orang katakan tentang Allah.

[Hubungan azali dengan Allah seeprti hubungan masa dengan yang fana]

Kami telah terangkan bagaimana kita wajib berkehendak kepada-Nya – dan Dia adalah allah, maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi. Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah umpama hubungan amsa dengan kita. Hubungan azali adalah sifat negatif tanpa sumber. Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi masa adalah kepunyaan yang harus dengan hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud, kerana dalam hal apa sahaja yang kamu boleh bahagikan, kamu boleh tanya “bila” mengenainya. Bila adalah soalan tentang masa, masa mestilah perkara yang ilusi, bukan wujud. Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada Diri-Nya apabila Dia berfirman,
“dan Allah mengetahui segala perkara” (33:40)dan kepunyaan Allah segala perintah sebelum dan selepas” (30:4).
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila dia bertanya, “Di manakah Tuhan kita sebelum Dia ciptakan makhluk-Nya?” Sekiranya masa adalah perkara yang wujud dalamnya, maka Allah yang melampaui pembatasan tidak boleh dipakai kerana prinsip masa mengongkong-Nya. Maka kami perakui bahawa bentuk-bentuk ini tidak ada perkara kewujudan di bawah mereka.

[Masa: mudah difahami dan terbukti]

Kemudian kami katakan manusia mempunyai pendapat yang berbeza tentang ungkapan “masa” dan apa yang difahamkan dengannya dan dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana menggunakannya dalam perkara yang berbeza-beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan sfera-sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa kepada dalam-masa mengenai sesuatu yang ditanyakan “Bila?” Orang Arab menggunakannya untuk memaksudkan malam dan siang. Ia terkeluar dari tajuk ini. Malam dan siang membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari hingga terbenamnya dipanggil “hari siang”, dan daripada terbenamnya hingga terbitnya dipanggil “malam”. Sumber yang dibahagikan ini dipanggil hari. Hari yang diperkatakan ini menyatakan pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya dalam kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia bukanlah sumber masa. Hasil daripadanya ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi yang tidak ada kenyataan.

Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa yang ada. Dengannya minggu, bulan dan tahun dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan ditentukan dengan hari kecil yang biasa yang dibahagikan kepada malam dan siang. “Masa yang ditentukan” adalah apa yang menjadi tambahan kepada hari yang kecil ini yang dengannya semua hari-hari besar ditentukan. Dikatakan,
pada hari yang ukurannya seribu tahun menurut hitungan kamu,” (32:5)
dan
“pada hari yang ukurannya lima puluh ribu tahun hitungan kamu” (70:4).

[Bagaimana hari dikira pada zaman Dajjal]

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Pada hari Dajjal, satu hari seumpama setahun, satu hari umpama satu bulan, dan satu hari umpama satu minggu, dan semua hari-harinya adalah seperti hari kamu.”
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan yang amat sangat. Baginda membuang kesamaran secara zahir pada akhir hadis bila Aisyah berkata, “Bagaimana seseorang lakukan sembahyang pada hari itu?”. Baginda s.a.w menjawab, “Seseorang itu akan tentukan”. Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam pergerakan sfera-sfera  masih ada apa yang telah ada tanpa diganggu, ianya tidak sah ia ditentukan dengan jam yang melalui bentuknya orang yang berpengetahuan tentang ini bertindak dan melaluinya mereka tahu masa pada hari yang dipenuhi oleh awan bila matahari tidak terbit.

Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain hingga ke tahap kewujudan siang dan malam kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu merupakan sat daripada bentuk yang jarang berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat. Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan datang di antara kita dengan langit, tetapi pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka tentukan malam dan siang dan jam bagi sembahyang tanpa keraguan.

Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari, ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan sembahyang. Kita menantikan tengahhari menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang lain. Bila Pemberi peraturan perintahkan kita beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu dan strukturnya tidak rosak.

[Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar]

Kami telah nyatakan apakah masa itu dan apakah maksud hubungan kewujudannya dan hubungan ketentuan. Di sana ada banyak hari-hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling kecil di antara mereka ialah satu masa yang berdasarkan kepadanya muncul
“setiap hari Dia di dalam urusan” (55:29).
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari kerana “hal” yang diperkatakan mengenainya adalah masa yang paling kecil dan paling halus. Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar yang padanya ia berhenti. Di antara mereka ialah hari pertengahan, yang pertama ialah hari biasa diketahui umum yang dibahagikan kepada jam. Jam dibahagikan kepada minit dan minit dibahagikan kepada saat dan seterusnya sehingga ke infiniti bagi sesetengah manusia. Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila keputusan nombor-nombotr memasuki mereka, keputusannya ialah nombor itu dan nombor tidak berakhir  maka pembahagian juga tiada kesudahan.

Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran dalam yang demikian dan melihatnya dalam hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan masa ada sumber kewujudan. Semua yang masuk kepada kewujudan sampai kepada akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan dengan mereka mengatakan “yang dinomborkan” oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan sebagai pergi kepada akhiran kerana nombor tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka yang menafikan “zat yang satu (satu jauhar)” membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara yang dipertikaikan oleh mereka yang membuat spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang wajar dan penyelidikan dalam apa yang dibuktikan oleh ungkapan. Ianya berhubung dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr) adalah salah satu nama Allah. Keadaan masa yang mudah difahami sudah diketahui umum dan kami akan nyatakannya, Insya’ allah, dalam buku ini. “Allah katakan yang benar dan memimpin ke jalan yang benar”.

%d bloggers like this: