Rabia’atul-Adawiyyah

Rabia’atul-Adawiyyah

Ibubapa Rabia’atul-Adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah

mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk

membalut badan beliau.

Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak

dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta

kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke

rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar

oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong.

Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si

bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya,

“Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan

akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi

berjumpa Amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis – kamu

hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus

kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak mematuhi peraturan

pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar

kepada pembawa surat ini empat ratus dinar.”

Bapa Rabi’atul-Adawiyyah pun terus terjaga dari tidur dan pergi berjumpa

dengan Amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir di pipinya. Amir

sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada

dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak

seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi’atul-Adawiyyah sebanyak

empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabi’atul-adawiyyah selalu

mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa

bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah.

Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda oleh kebuluran. Rabi’atuladawiyyah

berpisah dari adik-beradiknya. Suatu ketika kafilah yang beliau

tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap

Rabi’atul-Adawiyyah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual ke pasar

sebagai abdi. Maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru.

Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah

dikejar oleh orang jahat. Beliau lari. Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh.

Tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah,

“Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. tetapi

aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redho denganku. tetapi nyatakanlah

keridhoanMu itu padaku.”

Tatkala itu terdengarlah suatu suara,

“Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan

ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan

melihatmu.”

Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap

malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas

melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari.

Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi’atul-Adawiyyah di tengah

malam yang berdoa kepada Allah;

“Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak

melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh

jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa

malam dan siang dengan melakukan ibadat kepadaMu. tetapi apa yang boleh

aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia.”

Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awing-awangan,dalam bilik Rabi’atul-Adawiyyah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh

biliknya. Sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak

membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. sebaliknya tuan itu

pula ingin menjadi khadam kepada Rabi’atul-adawiyyah.

Esoknya, Rabi’atul-Adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya

tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi’atul-adawiyyah

bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia

meninggalkan rumah itu. Rabi’atul-Adawiyyah berkata bahawa ia ingin

mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju.

Rabi’atul-Adawiyyah pun pergi.

Suatu masa Rabi’atul-Adawiyyah pergi naik haji ke Mekkah. Dibawanya barangbarangnya

atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan.

Rakan-rakannya bersetuju hendak membawa barang -barangnya itu tetapi beliau

enggan kerana katanya dia naik haji bukan di bawah perlindungan sesiapa.

Hanya perlindungan Allah S.W.T. Beliau pun tinggal seorang diri di situ. Rabi’atul-

Adawiyyah terus berdoa,

“Oh Tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya.

Engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka’abah dan sekarang

Engkau matikan keldaiku dan membiarkan aku keseorangan di tengah jalan.”

Serta-merta dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula.

Diletaknya barang-barangnya di atas keldai itu dan terus menuju Mekkah.

Apabila hampir ke Ka’abah, beliau pun duduk dan berdoa,

“Aku ini hanya sekepal tanah dan Ka’abah itu rumah yang kuat. Maksudku ialah

Engkau temui aku sebarang perantaraan.”

Terdengar suara berkata, “Rabi’atul-Adawiyyah, patutkah Aku tunggangbalikkan

dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu

dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak

melihatKu? Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan

Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam.”

Suatu ketika yang lain, semasa Rabi’atul-Adawiyyah menuju Ka’abah dan

sedang melalui hutan, dilihatnya Ka’abah datang mempelawanya. Melihatkan itu,

beliau berkata,

“Apa hendakku buat dengan Ka’abah ini; aku hendak bertemu dengan tuan

Ka’abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang

selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah?

Aku tidak mahu hanya melihat Ka’abah, aku mahu Allah.”

Pada masa itu juga, Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka’abah.

Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah

dalam perjalanan itu. Maka oleh itu, beliau mengambil masa empat belas tahun

baru sampai ke Ka’bah. Apabila sampai didapatinya Ka’abah tidak ada. Beliau

sangat merasa hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata,

“Ka’abah itu telah pergi melawat Rabi’atul -Adawiyyah.”

Apabila Ka’bah itu telah kembali ke tempatnya dan Rabi’atul-Adawiyyah sedang

menongkat badannya yang tua itu kepada kepada tongkatnya, maka Ibrahim

Adham pun pergi bertemu dengan Rabi’atul-Adawiyyah dan berkata;

“Rabi’atul-adawiyyah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang yang ganjil itu

membuat haru-biru di dunia ini?”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab;

“Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap ria

(untul mendapat publisiti) pergi ke Ka’abah mengambil masa empat belas

tahun.”

Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya.

Rabi’atul-Adawiyyah berkata,

“Kamu isi perjalananmu itu dengan sembahyang, tetapi aku mengisinya dengan

perasaan tawaduk dan khusyuk.”

Tahun kemudiannya, lagi sekali Rabi’atul-Adawiyyah pergi ke Ka’abah. Beliau

berdoa;

“Oh Tuhan! Perlihatkanlah diriMu padaku.”

Beliau pun berguling-guling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara;

“Rabi’atul-Adawiyyah, hati-hatilah, jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu, kamu

akan jadi abu.”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab,

“Aku tidak berdaya memandang Keagungan dan KebesaranMu, kurniakanlah

kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia di sisiMu.”

Terdengar lagi suara berkata, “Kamu tidak sesuai dengan itu. Kemuliaan seperti

itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan diri mereka semasa hidup mereka

kerana Aku dan antara mereka dan Aku tidak ada regang walau sebesar rambut

pun, Aku bawa orang-orang demikian sangat hampir kepadaKu dan kemudian

Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk mencapai Aku. Rabi’atuladawiyyah,

antara kamu dan Aku ada lagi tujuh puluh hijab atau tirai. Hijab ini

mestilah dibuang dulu dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah

kepadaKu. Sia-sia sahaja kamu meminta pangkat fakir dari Aku.”

Kemudian suara itu menyuruh Rabi’atul-Adawiyyah melihat ke hadapan.

Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa.

Di awang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar

suara lagi,

“Rabi’atul-Adawiyyah, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang

mencintai Kami (Tuhan) dan tidak mahu berpisah dengan Kami. Meskipun

mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan

Kami dan tidak pula meminta sesuatu dari Kami. Dalam langkah permulaan

dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang

berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah (memencilkan diri) dari

dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka itu

tidak mahu publisiti (disebarkan kepada umum) dalam dunia ini.”

Mendengar itu, Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Tuhanku! Biarkan aku tinggal di

Ka’abah.” Ini pun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke

Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan sembahyang dan

memencilkan diri dari orang ramai.

Suatu hari Rabi’atul-Adawiyyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan

seorang darwisy untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan

darwisy itu, Rabi’atul-Adawiyyah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di

hadapan darwisy itu. Darwisy itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk

Rabi’atul-Adawiyyah. Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan

membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabi’atul-Adawiyyah

menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabi’atul-

Adawiyyah. Rabi’atul-Adawiyyah bertanya berapa ketul roti yang dibawanya itu.

Perempuan itu menjawab, “Lapan belas.” Rabi’atul-Adawiyyah tidak mahu

menerima roti itu dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu

pergi.

Kemudian datang semula. Rabi’atul-Adawiyyah menerima roti itu selepas

diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti dibawa perempuan itu. Darwisy itu

bertanya kenapa Rabi’atul-Adawiyyah enggan menerima dan kemudian

menerima pula. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Allah berfirman dalam Al-Quran

iaitu : “Orang yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran

sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Al-Quran

itu dilaksanakan.”

Suatu hari Rabi’atul-Adawiyyah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat

yang beliau tidak ada sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Disepaknya

bawang itu sambil berkata, “Syaitan! Pergi jahanam dengan tipu-helahmu.

Adakah Allah mempunyai kedai bawang?” Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Aku

tidak pernah meminta dari sesiapa kecuali dari Allah dan aku tidak terima

sesuatu melainkan dari Allah.”

Suatu hari, Hassan Al-Basri melihat Rabi’atul-Adawiyyah dikelilingi oleh binatang

liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Hassan Al-Basri pergi

menujunya, binatang itu lari. Hassan bertanya, “Kenapa binatang itu lari?”

Sebagai jawapan, Rabi’atul-adawiyyah bertanya, “Apa kamu makan hari ini?”

Hassan menjawab, “Daging.” Rabi’atul- Adawiyyah berkata, Oleh kerana kamu

makan daging, mereka pun lari, aku hanya memakan roti kering.”

Suatu hari Rabi’atul-Adawiyyah pergi berjumpa Hassan Al-Basri. Beliau sedang

menangis terisak-isak kerana bercerai (lupa) kepada Allah. Oleh kerana

hebatnya tangisan beliau itu, hingga air matanya mengalir dilongkang rumahnya.

Melihatkan itu, Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Janganlah tunjukkan perasaan

sedemikian ini supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam

dalamnya dan kamu tidak akan mendapati di mana tempatnya.”

Dengan penuh kehendak untuk mendapat publisiti, suatu hari, Hassan yang

sedang melihat Rabi’atul-Adawiyyah dalam satu perhimpunan Aulia’ Allah, terus

pergi bertemu dengan Rabi’atul-Adawiyyah dan berkata, “Rabi’atul-adawiyyah,

marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air

tasik sana dan berbincang hal-hal keruhanian di sana.”

Beliau berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain

yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa a.s. boleh berjalan di atas air).

Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Hassan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu.

Jika kamu hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan Aulia’ Allah, maka

kenapa kita tidak terbang sahaja dan berbincang di udara?” Rabi’atul-adawiyyah

berkata bergini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi Hassan tidak

ada berkuasa seperti itu. Hassan meminta maaf. Rabi’atul-Adawiyyah berkata,

“Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku

boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara

yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap

Allah.”

Seorang hamba Allah bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah tentang perkara

kahwin. Beliau menjawab, “Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada

dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini

kepunyaan Tuhanku. Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku.”

Hassan Al-Basri bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah bagaiman beliau

mencapai taraf keruhanian yang tinggi itu. Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Aku

hilang (fana) dalam mengenang Allah.”

Beliau ditanya, “Dari mana kamu datang?”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Aku datang dari Allah dan kembali kepada

Allah.”

Rabi’atul-Adawiyyah pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya

sebagai sahabat. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Siapa yang tidak kenal

kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi

seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada

syaitan.”

Orang bertanya kepada Rabi’atul-adawiyyah, “Adakah kamu lihat Tuhan yang

kamu sembah itu?

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan

menyembahNya.”

Rabi’atul-Adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya

kepadanya sebab beliau menangis. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Aku takit

berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku

takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir –

jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu.”

Allah suka dengan hambaNya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana

ia bersyukur tatkala menerima kurniaNya (iaitu ia menyedari yang ia tidak

sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah).

Seorang bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah, “Adakah Allah menerima taubat

orang yang membuat dosa?”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Itu hanya apabila Allah Mengurniakan

kuasaNya kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya

dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya kerana

dosa yang telah dilakukannya.”

Sholeh Al-Qazwini selalu mengajar muridnya, “Siapa yang selalu mengetuk pintu

rumah seseorang akhirnya satu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya.” Satu

hari Rabi’atul-Adawiyyah mendengar beliau bercakap demikian. Rabi’atuladawiyyah

pun berkata kepada Sholeh, “Berapa lama kamu hendak berkata

demikian menggunakan perkataan untuk masa depan (Futuretense) iaitu “Akan

dibuka”? Adakah pintu itu pernah ditutup? Pintu itu sentiasa terbuka.” Sholeh

mengakui kebenarannya itu.

Seorang hamba Allah berteriak, “Aduh sakitnya!” Rabi’atul-Adawiyyah bertemu

dengan orang itu dan berkata, “Oh! bukannya sakit.” Orang itu bertanya kenapa

beliau berkata begitu. Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Kerana sakit itu adalah

satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok

menanggung sakit itu.”

Suatu hari rabi’atul-adawiyyah sedang melihat orang sedang berjalan dengan

kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu

menjawab mengatakan ia sakit kepala. Rabi’atul-Adawiyyah bertanya, “Berapa

umurmu?” Jawab orang itu, “Tiga puluh.” Rabi’atul-Adawiyyah bertanya lagi,

“Hingga hari ini begaimana keadaanmu?” Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.”

Rabi’atul-Adawiyyah pula berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan

kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk

menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa

kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu,

mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit,

membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan

kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!”

Suatu hari khadamnya berkata, “Puan, keluarlah dan mari kita melihat keindahan

kejadian Tuhan di musim bunga ini.’ Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Duduklah

dalam rumah seperti aku berseorangan dan melihat yang menjadikan. Aku lihat

Dia dan bukan kejadianNya.”

Suatu hari, orang bertanya kepada Rabi’atul-Adawiyyah kenapa beliau tidak

menyimpan pisau dalam rumahnya. Beliau menjawab, “Memotong itu adalah

kerja pisau. Aku takut pisau itu akan memotong pertalian aku dengan Allah yang

ku cintai.”

Suatu masa Rabi’atul-Adawiyyah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir,

beliau merasa lapar sedikit. Datang seorang hamba Allah membawa minuman

yang manis dalam sebuah cawan. Rabi’atul-Adawiyyah ambil minuman itu dan

meletakkannya di atas lantai di satu penjuru rumahnya itu. Beliau pun pergi

hendak memasang lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan minuman

dalam cawan itu. Melihat itu, terfikirlah Rabi’atul-Adawiyyah hendak minum air

sahaja malam itu.

Tatkala ia hendak mencari bekas air (tempayan), lampu pun padam. Bekas air itu

jatuh dan pecah airnya bertaburan di atas lantai. Rabi’atul-adawiyyah pun

mengeluh sambil berkata, “Tuhanku! Kenapa Kau lakukan begini kepadaku?”

Terdengar suara berkata, “Rabi’atul-Adawiyyah, jika kamu hendakkan kurnia

dunia, Aku boleh berikan padamu, tetapi akan menarik balik darimu siksaan dan

kesakitan yang Aku beri padamu. Kurnia dunia dan siksaan Aku tidak boleh

duduk bersama-sama dalam satu hati. Rabi’atul-Adawiyyah, kamu hendak satu

satu perkara dan Aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan

tidak boleh duduk bersama dalam satu hati.”

Dengan serta-merta beliau pun membuangkan kehendak kepada keperluan

hidup ini, seperti orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara

dunia ini semasa nyawa hendak bercerai dengan badan. Tiap-tiap pagi beliau

berdoa, “Tuhan! Penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar

orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain.”

Rabi’atul-Adawiyyah ditanya, “Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?”

Beliau menjawab, “Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan.”

“Kenapa kamu memakai pakainan koyak dan kotor?” Beliau ditanya lagi, “Kamu

ada kawan yang kaya, dan dia boleh memberimu pakaian baru.” Rabi’atul-

Adawiyyah menjawab, “Aku berasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa

pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah

kepada mereka dan Allah jua yang memiliki segala- galanya.”

Orang berkata, “Rabi’atul-Adawiyyah, Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian

kepada lelaki, dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat

mencapai pangkat kewalian yang tinggi itu (kerana perempuan). Oleh itu apakah

faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Apa yang kamu kata itu benar, tetapi cubalah

ketakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf

kehampiran dengan Allah dan lalu berkata, “Akulah Yang Hak”. Di samping itu

tidak ada orang “kasi” yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki

sahaja.”

Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Seorang perempuan yang sentiasa

bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan.”

Satu hari Rabi’atul-Adawiyyah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab ia

sakit. Beliau berkata, “Hatiku cenderung hendak mencapai Syurga, satu hari

yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman.”

Hassan Al-Basri datang berjumpa Rabi’atul-Adawiyyah yang sedang sakit. Di

pintu rumah beliau itu, Hassan bertemu dengan Amir Al-Basri yang sedang

duduk dengan sebuah beg mengandungi wang. Amir itu menangis. Apabila

ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab, “Aku hendak menghadiahkan

wang kepada Rabi’atul-Adawiyyah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya.

Kerana itulah aku menangis. Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta

dia menerima hadiahku ini?” Hassan pun pergilah membawa wang itu kepada

Rabi’atul-Adawiyyah dan meminta beliau menerima wang itu. Tetapi Rabi’atul-

Adawiyyah berkata,

“Oleh kerana aku telah kenal Allah, maka aku tidak lagi mahu bersembang

dengan manusia dan tidak menerima hadiah dari mereka dan juga tidak mahu

memberi apa-apa kepada mereka. Di samping itu aku tidak mahu sama ada

wang itu didapatinya secara halal atau haram.”

Sufyan Al-Thauri berkata, “Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk

menyembuhkan kamu?” Rabi’atul-Adawiyyah menjawab, “Kenapa aku merungut

pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima

hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita

turuti?”

Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi’atul-adawiyyah satu hari. Dilihatnya

dalam rumah Rabi’atul-Adawiyyah satu balang yang pecah dan mengandungi air

untuk minum dan mengambil wuduk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang

buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, “Jika kamu izinkan, boleh aku

suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian.”

Rabi’atul-Adawiyyah menjawab;

“Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung

kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan

ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa

kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih

mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga

yang menahan kurnia itu.”

Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam

melihat Allah hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya dan Dia tidak

boleh membezakan mana sakit dan mana senang.”

Seorang Wali Allah datang dan merungut tentang dunia. Rabi’atul-Adawiyyah

berkata, “Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia, kerana orang yang

bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara

tersebut.”

Satu hari, Sufyan Al-Thauri pergi berjumpa Rabi’atul-adawiyyah. Rabi’atul-

Adawiyyah menghabiskan masa malam itu dengan sembahyang. Apabila

sampai pagi, beliau berkata, “Pujian bagi Allah yang telah memberkati kita dapat

sembahyang sepanjang malam. Untuk tanda kesyukuran, marilah kita puasa

pula sepanjang hari ini.”

Rabi’atul-Adawiyyah selalu berdoa demikian, “Tuhanku! Apa sahaja yang Engkau

hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa

sahaja kebaikan yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat,

berikanlah kepada orang-orang yang berIman, kerana aku hanya hendakkan

Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga atau Neraka. Aku

hendak pandangan Engkau padaku sahaja.”

Sufyan Al -Thauri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap

tentang ibadat kepada Allah dengan Rabi’atul-Adawiyyah. Di pagi hari Al-Thauri

berkata, “Kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya.”

Rabi’atul-Adawiyyah berkata, “Tidak, kita habiskan masa dengan sia-sia kerana

sepanjang percakapan itu kamu berkata perkara-perkara yang memuaskan

hatiku sahaja dan aku pula memikirkan perkara yang kamu sukai pula. Masa itu

kita buang tanpa mengenang Allah. Adalah lebih baik jika aku duduk seorang

diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenang Allah.”

Rabi’atul-Adawiyyah berkata;

“Doaku padaMu ialah sepanjang hayatku berilah aku dapat mengingatMu dan

apabila mati kelak berilah aku dapat memandangMu.”